Latihan Kata Arah
1.Lokman terus bersembunyi di ___________ pintu rumah ketika adik mencarinya.
A. balik
B. tengah
C. bawah
D. pinggir
2.Puan Mary duduk di ________________ Selvi yang terlantar di katil hospital.
A. sisi
B. celah
C. sudut
D. belakang
3.Abang memarahi kakak yang cuai kerana meletakkan pisau di ___________ meja.
A. kaki
B. atas
C. hadapan
D. seberang
4.Salmi meletakkan seketul batu yang cantik di ___________ akuarium.
A. sisi
B. dalam
C. pinggir
D. seberang
5.Pada _______________ keris itu diperbuat daripada kayu jati.
A. hulu
B. hadapan
C. belakang
D. seberang
6.Sufian mudik ke _________ sungai untuk mengangkut barang.
A. hulu
B. celah
C. bawah
D. penjuru
7.Semua binatang itu dikurung di _____--- sangkar supaya tidak mencederakan pengunjung.
A. luar
B. sudut
C. dalam
D. hadapan
8.Semua murid dimestikan beratur di __________ kelas sebelum guru tiba.
A. kiri
B. luar
C. kanan
D. tengah
9.Pengadil berada di _________ padang untuk memulakan perlawanan bola sepak.
A. sisi
B. luar
C. tengah
D. belakang
10.Meskipun dia tersenyum, jauh di ________ hatinya terluka dengan kata-kata anaknya itu.
A. hulu
B. celah
C. sudut
D. penjuru
~SELAMAT MENCUBA MENJAWAB~
Blog cikgu telah menyediakan banyak latihan bagi menilai penguasaan murid. Blog yang bagus!
ReplyDeleteLatihan yang baik untuk menilai kemajuan murid dan refleksi.
ReplyDeleteHi :)
ReplyDeletemohon halalkan ilmu..saya konngsi bersama anak murid saya. tk cikgu
ReplyDeleteNot good
ReplyDelete