TANDA BACA
Tanda baca
ialah tanda yang digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Penggunaan
tanda-tanda baca ini penting untuk menentukan maksud, menulis ayat, membia ayat
dan membaca ayat.
Perhatikan
penerangan tentang penggunaan tanda-tanda baca di bawah ini.
Tanda Baca
|
Penggunaan
|
Contoh
Penggunaan
|
Huruf besar
|
1. Menulis kata nama khas
2. Menulis pangkal kata
permulaan ayat.
3. Menulis pangkal kata
permulaan ayat cakap ajuk.
4. Menulis pangkal kata
permulaan selepas
tanda
noktah.
|
1. Ibu Salmah bekerja di Kementerian Dalam
Negeri.
2. Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baru
dan cantik.
3. Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak
semalam.”
4. Jambatan itu sempit. Jambatan itu akan
dirobohkan tidak lama lagi.
|
Tanda noktah
( . )
|
1. Menulis kata singkatan.
2. Menandakan berakhirnya
sesuatu ayat penyata.
|
1. T.N.B (Tenaga Nasional Berhad)
2. Kereta itu terbabas lalu
melanggar
pembahagi jalan.
|
Tanda koma
( , )
|
1. Mengasingkan frasa dalam
ayat.
2. Mengasingkan perkataan-
perkataan yang sama
dalam
ayat.
3. Menulis ayat cakap ajuk.
|
1. Oleh sebab terlalu marah,
dia gagal
mengawal perasaannya.
2. Cengal, meranti, jati,
dan nyatuh ialah
jenis kayu yang baik untuk
dibuat perabot.
3. Kata Adi, “Poket baju saya
terkoyak.”
|
Tanda soal
( ? )
|
1. Menandakan ayat tanya atau
ayat soal.
|
1. Siapakah gadis yang
berbaju kurung itu?
2. Mereka tinggal di mana?
|
Tanda seru
( ! )
|
1. Menulis ayat seru.
|
1. Wah, besarnya buah labu itu!
2. Eh, Abu pun menyertai
pertandingan
pidato itu!
|
Titik bertindih
( : )
|
1. Menyatakan
perkara-perkara
dalam ayat.
|
1.
Perkara yang berikut perlu ada di dalam
borang permohonan itu:-
a)
Alamat: …………………………..
b) Nombor telefon: ………………………..
c) Jawatan:
|
Tanda pembuka dan penutup kata
(“…….”)
|
1. Menulis ayat cakap
ajuk.
|
1. “Rumah ini terlalu kecil,” kata Razak.
2. Kata Samiah, “Bajunya banyak butang.”
|
Tanda sempang
( - )
|
1. Menulis kata ganda.
2. Menggabungkan huruf besar
dengan huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama diri
untuk Tuhan.
|
1. Mudah-mudahan
2. Pancaran-X
3. Hamba-Mu
|
Tanda koma bertindih
( ; )
|
1. Mengasingkan ayat-ayat yang
panjang.
2. Menggantikan kata hubung
dalam ayat.
|
1. Dia harus mendapat pujian;
dia rajin serta
bersopan.
2. Aida seorang pelajar yang pintar;
peramah
serta hormat kepada orang
tua.
|
Latihan
Salin semula petikan dengan membubuh tanda baca yang betul.
teh merupakan
nadi kepada pembangunan ekonomi di cameron highlands produk teh boleh didapati
di pasaran dalam pelbagai bentuk teh boleh diminum secara panas sejuk atau
dicampur dengan gula dan susu menurut pakar pemakanan pengambilan teh secara
berterusan dapat menghindarkan seseorang daripada diserang penyakit kanser
osteoporosis penyakit jantung pereputsn gigi dan penyakit gusi
_________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
banyak membantu... terima kasih atas sharing yang diberi
ReplyDeleteHi Cikgu ada jawapan untuk semak tak?
ReplyDelete