Latihan Simpulan Bahasa
Dengarkan lagu dalam klip video di atas. Ada beberapa simpulan bahasa yang dibina daripada perkataan 'Ayam'. Murid-murid dikehendaki :-
1) Senaraikan simpulan bahasa daripada perkataan 'Ayam' seberapa banyak yang
murid-murid tahu.
2) Cari makna/maksud simpulan bahasa tersebut.
3) Kemudian, bina ayat tunggal atau ayat majmuk daripada simpulan bahasa tersebut.
Contoh :
Simpulan bahasa : Kaki ayam
Maksudnya : Orang yang tidak memakai kasut atau selipar
Ayat : Azri terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.
~SELAMAT MENCUBA MENJAWAB~
Maklumat yang amat berguna. Berusaha lagi, cikgu.Berharap cikgu boleh meletakkan lebih banyak nota lagi. Sekian, terima kasih.
ReplyDelete