Friday, October 12, 2012

Latihan Kata Sendi


 

 

  Latihan Kata Sendi

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai:
terhadap untuk di tentang sejak
daripada seperti pada dari ke

1. Feri  ______________ Langkawi sedang berlabuh di jeti Kuala Kedah.
2. Amir hendak ____________  kedai membeli susu.
3. Calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) harus mengambil berat __________________ pelajaran menjelang peperiksaan.
4. ``Jangan bermain __________________ tepi parit,'' pesan ayah.
5. Cikgu Rahimah memberikan penjelasan _____________ format baru peperiksaan UPSR kepada calon tahun ini.
6. Jam tangan itu dibuat_____________ emas tulen.
7. Wajah gadis itu berseri - seri __________puteri dari kayangan.
8. Hadiah hari jadi ini adalah ___________ buah hatinya.
9. Ahmad menyapu cat ________ dinding bilik.
10. Ali yatim piatu ______ berusia dua tahun.

Latihan 2
Jawab soalan objektif yang berikut:
1 Jangan benci _________ anak-anak yatim dan orang miskin.

A. dari

B. daripada

C. terhadap

D. tentang
2 Ali bercadang untuk mengulang kaji pelajaran ___________ subuh esok.

A. sejak

B. hingga

C. dari

D. dalam
3 Lukisan oleh perlukis tersohor itu berkisar ___________keindahan Pulau Langkawi.

A. demi

B. tentang

C. terhadap

D. dari
4 Segala harta kekayaan orang tua itu adalah ____________ anak-anaknya.

A. pada

B. kepada

C. dengan

D. untuk
5 Beberapa tokoh telah dianugerahi pingat _________ Yang di-Pertuan Agong.

A. dari

B. dengan

C. oleh

D. daripada
6 Setiap murid harus peka _________________ isu semasa.

A. oleh

B. akan

C. dari

D. daripada
7 _________________ seorang bendahara, Tun Perak tidak pernah merngabaikan tugasnya.

A. sebagai

B. seperti

C. untuk

D. dengan
8 _______________ pandangan pegawai pendidikan itu, rancangan dokumentri sangat sesuai ________________ tontonan seisi keluarga.

A. Pada.... dengan

B. Bagi......terhadap

C. Pada...... untuk

D. Untuk.....kepada
9 _______________ dimarahi ibunya, dia hanya duduk ______________ rumah sahaja.

A. dari... ke

B. dengan... di

C. sejak... di

D. semenjak... dari
10 Aminah sering mengutus surat ___________ Aishah ___________ mengingatkan kawannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh.

A. daripada... bagi

B. bagi... untuk

C. pada... akan

D. kepada... untuk

No comments:

Post a Comment

Post a Comment