Sunday, December 2, 2012

Kenal pasti AYAT MAJMUK atau AYAT TUNGGAL



Kenal pasti AYAT MAJMUK atau AYAT TUNGGAL


1.      Si Luncai kaya tetapi malas bekerja.__________
 
2.      Si Luncai gemar berfoya-foya.___________
 
3.      Si Luncai gemar berfoya-foya menghabiskan harta ayahnya.___________
 
4.      Siti Sianah seorang perempuan bermoral rendah.__________
 
5.      Siti Sianah gemar berhias diri._________
 
6.      Emak Si Randang menyediakan nasi lemak 
berlaukkan sambal tumis  untuk tetamu.____________
 
7.      Emak Si Randang sangat baik hati.__________
 
8.      Orang berbudi sentiasa disebut-sebut oleh orang lain.__________
 
9.      Laksamana pergi ke Patani dengan membawa
 sepucuk surat rayuan daripada raja.__________
 
10.  Laksamana ke Patani .________
 
11.  Laksamana berasa sedih kerana ibu saudaranya sedang gering.______
 
12.  Laksamana taat akan perintah raja lalu pergi ke Patani dengan segera._____
 
13.  Sifat riak ialah suka menunjuk-nunjukkan  kelebihan diri kepada orang lain._____
 
14.  Allah SWT tidak menyukai sifat riak dalam kalangan hamba-hambanya._____
 
15.  Orang yang bersifat riak biasanya sombong.____________

16. Kita mesti sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar 
sifat riak tidak bersarang dalam hati kita.________________
 
 
 
 
~SELAMAT MENCUBA MENJAWAB~
 



No comments:

Post a Comment